Wednesday, May 21, 2008

Aktiviti-Aktiviti PSS

Beberapa aktiviti telahpun dijalankan oleh PSS SMK Malim Nawar. Antaranya ialah program pelancaran NILAM 2008 pada 28 Januari yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Malim Nawar iaitu En Mohd Nazri B Hamzah. Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar daripada setiap tingkatan dan ucapan oleh Naib Johan Tokoh Pembaca Negeri Perak tahun 2006 iaitu A.Thivviyan yang merupakan bekas ketua pengawas SMK Malim Nawar tahun 2007. Sekitar Februari pula , aktiviti PSS tertumpu kepada pengurusan PSS seperti pembelian buku, merekod dan juga aktiviti memproses bahan bacaan. Turut dijalankan ialah mesyuarat dan perlantikan pengawas PSS yang baru bagi sesi 2008. Kursus kepimpinan yang melibatkan badan pengawas PSS, pengawas sekolah dan juga ketua-ketua tingkatan turut dijalankan selama 3 hari pada 21 hingga 23 Februari bertempat di SMK Malim Nawar.
Aktiviti lain pula ialah lawatan ke akuaria KLCC dan Pesta Buku Antarabangsa PWTC pada 22 April yang lalu. Selain itu, PSS turut megadakan Kuiz Pengetahuan Am sepanjang bulan April dan juga program Jejak Bahasa anjuran bersama Panitia B. Melayu SMK Malim Nawar.

Tuesday, May 20, 2008

SMK Malim Nawar

SMK Malim Nawar telah diasaskan pada tahun 1905. Ia pada asalnya berkongsi bangunan dengan sjkc Ying Sing. SMK Malim Nawar mempunyai seramai 69 orang yang terdiri daripada guru dan staf. Ia mempunyai bilangan pelajar seramai 1064 orang.

Pusat Sumber SMK Malim Nawar


PSS SMK Malim Nawar merupakan sebuah pusat sumber yang terletak bersebelahan dengan bangunan blok G berhampiran bilik guru dan bilik pengurusan diri. Ia menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik akses, pinjaman buku, mesin fotostat dan dataran media. PSS SMK Malim Nawar mempunyai beberapa rangkaian seperti taman herba, taman sains, laman nurani dan refleksiologi, laluan PPSMI, sudut akuaria dan bilik-bilik khas yang berfungsi dengan baik.